Sunday, 3 February 2013

UBI KAYU REBUS

Minum petang? Simpoi je , kita orang simpoi.... Ubi kayu rebus + kopi & gula nipah @ manisan nipah.. atau nisan tebu boleh juga ...

Manisan nipah ini dibuat dari nira nipah.. biasanya didapati di utara, Kedah & Perlis. Semasa aku bercuti  di Sareikei, Sarawak, aku dapati banyak manisan ni dijual di kedai dan pasar... Murah sangat!!


Wow!!

Ubi kayu yang baru dituai & direbus ... lembut, lemak, adoi .... memang sedap !!

Bahan-bahannya:

Ubi kayu  - pilih yang segar ( aku tanam kat belakang rumah- tak payah beli)
air untuk merebus secukupnya
garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:
  1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkannya.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan letakkan air sehingga tenggelam sedikit ubi kayu tadi.
  3. Rebus sehinga empuk & masukkan garam secukup rasa. 
  4. Angkat, toskan & hidangkan....

Boleh juga makan dengan kelapa & gula merah
@ sambal tumis bilis

Gula Nipah @ manisan nipah


Mai Sepinggan !!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...