Monday, 18 February 2013

MEE BANDUNG

Mee Bandung... Kalau pergi ke Bandung, mahu mencari Mee Bandung, tobat lahom boleh jumpa..

Sebenarnya Mee Bandung ini namanya je... tak ada kena mengena dengan nama Kota Kembang Bandung, Jawa Barat...

Mee Bandung Muar adalah yang paling famous, dan terkenal di seluruh Malaysia. 
Walau bagaimanapun bagi  aku Mee Bandung yang sangat sedap adalah Mee Bandung Maryati di 16 P4. 


Mee Bandung Maryati 
Jom buat Mee Bandung!

Bahan-bahannya:

350 gm mee kuning 
2 keping tahu ( goreng & potong dadu/ memanjang)
bawang goreng secukupnya
daun saderi & daun bawang (dihiris untuk hiasan)

Kuahnya:
150 gm daging ( hiris lebar & nipis)
100 gm udang hidup - dibersihkan
3 sudu besar udang halus/ udang gergau (ditumbuk halus)
1 biji ubi keledek - direbus & dilecek halus
1 sudu teh lada sulah
5 sudu besar cili kering mesin
3 ulas bawang merah- ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 liter air rebusan daging
4 biji telur minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Sayuran - kobis, sawi, taugeh secukupnya (boleh disiang dan dicelur @ di masukkan semasa memasak)

Cara-Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan kuali, tumiskan bawang yang ditumbuk.
  2. Masukkan cili mesin dan masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan air rebusan daging, keledek,daging, udang hidup dan biarkan mendidih.
  4. Apabila menggelegak, masukkan mee kuning, garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji tetapi jangan sampai pecah.
  6. Masukkan semua sayuran dan renihkan sehingga agak pekat.
  7. Angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi  dan daun bawang.

Jaga2 jangan sampai telur tu pecah..


Mai Sepinggan !!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...