Sunday, 23 June 2013

ROJAK BUAH

Rojak Buah ... senang saja nak buat. Kalau beli memang mahal... 

Aku suka rojak buah ..kadang-kadang nak pelbagai, boleh di tambahkan tahu goreng dan kangkung rebus... Sedap & menyihatkan..



Rojak buah dicampur dengan kangkung


Buah-buahan, ikut yang kita suka 



Bahan-bahan ini boleh dicampur kemudian 

Bahan-bahannya untuk  kuah rojak:

10 tangkai cili cili kering
1 inci belacan bakar
3 sudu air asam jawa
3 sudu besar petis
3 sudu besar gula melaka -cincang @ gula merah
garam secukup rasa
2 sudu besar kicap pekat manis
1/2 cawan agar-agar - dicairkan 

*  campurkan bahan di bawah selepas dimasak 

1/2  kacang  tanah (digoreng tanpa minyak & tumbuk)
1 sudu besar bijan - goreng tanpa minyak 

Cara menyediakannya:

  1. Cili goreng  kering dan belacan di  goreng dengan sedikit minyak, kemudian dimesin.
  2. Campurkan semua bahan dan masakkan dengan 3 cawan  air
  3. Masukkan agar agar-agar untuk memekatkannya.
  4. Angkat dan sejukkan & masukkan kacang dan bijan.
  5. Hidangkan bersama buah-buahan seperti nanas, sengkuang, mangga muda, jambu, kedondong yang dipotong.

Rojak buah kegemaranku 




Mai Sepinggan !!


2 comments:

  1. Hi... Nk ty.. Agar2 dicairkn tu camana... Serbuk agar2 letak air ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oppss sorry... saya guna agar2 cap layang2 setengah bungkus, cairkan dengan 11/2 cawan air dan masak sampai tinggal 1/2 cawan. pas tu campur dalam kuah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...