Sukanya aku dengan Lobster. Sesekali jumpa Lobster di pasar, kaki tak boleh berjalan ! Kalau ada kawan-kawan nak sangat boleh pesan dengan aku ya...
Masa pergi Kota Belud alahai murahnya boleh dapat 2 ekor dengan harga RM20.00.
Di kotaraya ni harganya menjangkau sehingga RM95.00 mengikut berat dan musim.
Masa pergi Kota Belud alahai murahnya boleh dapat 2 ekor dengan harga RM20.00.
Di kotaraya ni harganya menjangkau sehingga RM95.00 mengikut berat dan musim.
Semua suka Lobster.... Tillah, Aieshah, Gina - tapi kolestrol nya tinggi.
Biasanya Lobster ini kita stim atau bake.
Masa jalan-jalan di San Francisco, sempat juga merasa Lobster dan King Crab yang dijual ditepi jalan dekat Fisherman's Wharf. Cara masaknya amat simple iaitu, masukkan dalam air mendidih sekejab dan angkat. Makan dengan sos putih. Harganya pun boleh boleh dikatakan murah berbanding dengan kat sini.
Semasa berjalan-jalan di New Zealand juga, aku tak lepas peluang merasa Lobster . Di jual di tepi jalan juga sepanjang deretan kedai tepi pantai di Kaikorua. Cara masaknya di Stim dan makan dengan white sos gitu ... Harganya juga murah...
Fresh Lobster & 1.6 kg each !! |
Bahannya:
1 ekor Lobster 500gm @
5 biji cendawan fresh dipotong
2 sudu besar Parmesan cheese yang diparut
4 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar butter
bunga kobis, brocolli, carrot, lada hitam, lemon & sos becamel
sedikit thyme
Cara memasak isi udang
1. Bersihkan lobster dan belah dibahagian atas dari kepala hingga ke hujung .
2. Perapkan sedikit garam, bakar selama 30 minit dengan suhu 180'.
3. Keluarkan dari oven dan masukkan semua sayuran.
4. Letakkan butter dan cheese. Bakar lagi selama 10 minit sehingga masak.
Lobster boleh di Stim juga !! |
Bake pun ok ...Juicy & Yummy |
Note : masak lobster kena hati2 .. jangan termentah - nanti "messy" dan jangan terlalu masak ....nanti keras , macam plastik!!
Mai Sepinggan !!
Sedapp nyaa ..tingin nak makan lobsterrr
ReplyDeleteMemang sedap... kalau stim, rebus gitu pun sedap atau panggang :)
ReplyDeletehusb baru balik outstation kat labuan.
ReplyDeleteand he belikan lobster
masalahnya xpandai la nak siang/masak sume
adoii
biasanya saya belah dua ... dan guna gunting untuk guna di dapur dapur....lobster labuan ...yummy
Delete