Jeruk Asam Boi
Jeruk ni bagus...
- buat penawar batuk atau sakit tekak....
Petuanya: Ambil 2 besar, campur air panas & hmmm minum !!!
- menyegarkan tekak setelah berpenat di tengah panas terik mentari.
Petuanya: Ambil 2 sudu besar... campur air & letak ais... hmmm nyaman!
Cara nak buatnya juga senang:
30 biji limau kasturi
30 biji asam boi
1/4 kilo gula pasir
Cara:
1. Bersihkan limau
2. Keringkan sehingga tiada air
3. Potong dua buah limau, keluarkan biji & ambil jusnya
4. Sumbatkan asam boi kedalam limau yang diperah airnya
5. Masukkan kedalam balang, lapiskan berselang-seli limau dengan gula dan jus tadi
6. Tutup balang dan peramkan selama 3 minggu sehingga limau menjadi lembut...
note: sekiranya rajin, jemur limau yang dijeruk.
mai sepinggan !
Wife saya pun ada buat jeruk ni... sedap buat air rasa masam masin manis...
ReplyDeleteSya tk faham...nk jemur limau yg d jeruk...boleh tk terangkn limau tu d jemur seblm d jeruk ke....
ReplyDeleteSalam.. dik, jemur tu maksudnya, letakkan balang atau bekas yang berisi jeruk (buka penutupny) bawah matahari terik - 15 minit untuk mencairkan gulanya.. selamat mencuba :)
ReplyDelete