Hai .. hai.. besok ada jamuan makan Hari Raya di tempat kerja ... aku kena masak Laksa Johor. Aku mula kenal dengan Laksa Johor bila Kak Pah (Puan Latifah Mahfod) buat laksa Johor ni semasa rumah terbukanya di Petaling Jaya suatu masa dulu....
Cantik sungguh gaya dan persembahan hidangannya ... keenakkannya tidak terkata..
Kemudian Cik Hawa Baba pula masak Laksa Johor....walaupun Cik Hawa ni orang Melaka tetapi laksa Johornya sangatlah sedap!!
|
Sedapnya!! |
Begitu lah aku dapat resepi Laksa Johor ni, memang asli dan memang sedap !
Jom buat laksa Johor...
Bahan-bahan untuk kuahnya:
1 kg ikan kembong direbus dan ambil isi (sedap jika dicampur dengan isi ikan parang)
300 gm udang basah - kupas dan direbus
1 cawan udang kering - direndam
5 sudu besar rempah kari ikan
5 sudu besar cawan pes cili kering
3 batang serai ~ diketuk
1 inci halia ~ mesinkan
1 inci lengkuas ~ mesinkan
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
7 sudu besar kerisik
1/2 kg pati santan
5 keping asam keping (secukup rasa)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara menyediakannya:
- Mesinkan isi ikan, udang basah, udang kering sehingga halus dan ketepikan.
- Mesinkan halia, lengkuas, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
- Pijarkan minyak dalam periuk dan tumiskan serai rempah kari dan kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan cili mesin, bawang, halia dan lengkuas ~ kacau sehingga masak.
- Masukkan isi ikan, pes udang dan udang kering.
- Masukkan kerisik, santan pekat dan kacau.
- Masukkan asam keping dan garam.
* Jika kuahnya terlalu pekat, tambahkan air panas. (Kuah laksa Johor sepatutnya agak pekat)
|
Kuah yang ditumis ~ masak sehingga naik minyak |
|
Kerisik ~ jangan lupa masukkan ke dalam kuah |
|
Masukkan santan dan kacau sehingga masak! |
Ulamannya/ Ganish:
1biji timun - dipotong nipis
1 ikat daun kesum - dihiris
100 gm taugeh - dibersihkan dan buang ekornya
2 labu bawang besar - dihiris nipis
100 gm kacang panjang - dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris nipis-nipis
5 biji limau kasturi - dibelah dua dan buang bijinya
|
Ulam-ulam |
|
Ulam-ulaman yang siap dihiris |
Sambal cili:
5 biji cili kering
1 inci belacan
sedikit garam
* dimesinkan/ ditumbuk menjadi sambal
|
sambal |
Laksa:
1 paket spaghetti - direbus sehingga lembut, angkat, toskan dan simpulkan.
|
Toskan speghetti yang sudah direbus |
|
Simpulkan |
|
Susunkan dalam bekas untuk hidangan |
Untuk menghidangkannya:
Hidangkan speghetti dalam mangkok, letakkan ulam-ulaman, letakkan kuahnya dan jika suka pedas, tambahkan cili serta limau jika suka lebih masam!
Mai Sepinggan!!