| Ketupat yang sedap |
Di negeri-negeri utara ketupat ini biasanya orang utara guna pulut susu, maklumlah dekat sempadan, boleh beli di Siam. Gerenti sedap ! Ketupat palas asli tak letak gula. Kadang-kadang ada juga yang suka letak kacang atau jagung. Kak Amnah & Abang Zizan suka sangat kalau ketupat ni ada kacang...
| Pulut Susu |
Satu lagi, kalau orang utara, ketupat daun palas ini dimakan, dicicah dengan gulai daging pekat (kari daging).
| Daun palas perlu dibuka & dibersihkan |
| Kelongsong ketupat yang sudah siap |
| Pulut yang siap ditanak 3/4 masak |
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut susu
1/2 kg santan pekat ( tambah 1 liter air)
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
daun palas - dibuka dan dijadikan kelongsong ketupat
Cara-cara:
1. Masakkan santan, daun pandan, garam secukup rasa sehingga mendidih.
2. Bila mendidih, masukkan beras pulut yang sudah dibersihkan .
3. Tanak pulut sehingga 3/4 masak. Angkat dan balutkan dengan daun palas.
4. Selesai balut semua ketupat, rebuskan dengan 2 cawan air sehingga kering.
5. Angkat dan toskan.
| Kelongsong daun palas dibentuk seperti kon |
| Isikan pulut ke dalam kelongsong |
| Lipatkan daun palas mengikut bentuk segitiga |
| Terbalikkan dan tarik daun palas ke atas |
| Siap ! |
| Ikat @ Simpulkan supaya kemas dan tidak masuk air bila direbus! |
Nota: Semasa tanak pulut, pastikan secukup rasa garamnya dan sebaik-baiknya paras santan tadi satu inci dari beras pulut. Kakak kita, Kak Chaq pesan... santannya biar "Chap-chap" aja!!
| Siap direbus & Toskan |
Mai Sepinggan !!
"Sebab Pulut Santan Binasa"
- Pepatah Melayu
No comments:
Post a Comment