Wednesday, 16 December 2015

TEPUNG BUNGKUS

Tepong Bungkus pulak hari ini.... Jom kita sama-sama buat dengan Chef konkonon niWalau pun konkonon tetapi setakat ni kredibiliti nya terbaik  tau!
Tepung bungkus, kueh popular orang-orang dulu-dulu... biasanya kalau tok atau tok wan datang ke rumah, emak akan buatkan tepung bungkus. 

Kalau abang Hasim din datang melawat emak, dia akan cari tepung bungkus sebagai buah tangan dan katanya "Tok Yah suka tepung bungkus ni, sedap"

Resepi tepung bungkus ni adalah resepi tradisi daripada Tok Limah kepada emak dan senang sangat nak buatnya. 

Jom buat tepung bungkus...!

Bahan untuk Inti:
300 gm kelapa parut putih saja (lebih sedap kalau kelapa tidak terlalu tua)
300 gm gula merah
200 gm gula putih
secubit garam secukup rasa
sedikit air
Sehelai daun pandan -simpulkan 
2 cawan tepung pulut hitam - diuli dengan sedikit air seperti buah melaka

Cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
  2. Kacau hingga pekat menjadi inti tetapi jangan berketul-ketul.
  3. Sejukkan.
Bahan untuk kulit @ som-som (tepungnya):
8 cawan santan pekat
5 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Gula secukup rasa
daun pisang untuk membungkus.

Cara membuatnya:
  1. Bancuhkan tepung beras, santan pekat , gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kedalam periuk dan kacau di atas api sederhana agar tidak berketul.
  3. Setelah pekat, angkat dan ketepikan.
  4. Ambil doh pulut hitam dan isikan dengan inti, bulatkan.
  5. Letakkan tepung   som-som di atas daun pisang.
  6. Letakkan doh pulut hitam berinti di atas som-som
  7. Bngkus dan ulangi sampai habis.
  8. Kukus sehingga masak.
  9. angkat dan hidangkan dengan kopi O

Mai Sepinggan !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...