Sunday 23 February 2014

CUCUR BADAK

Salam... hari ini kita buat cucur badak, minum petang dan juga bila-bila nak makan pun boleh... hmmm ada sahabat bertanya, kalau cucur udang kita boleh nampak udang dalamnya, kalau cucur badak, kat mana badaknya? Ha ha ha .... apa-apa je...

Cucur badak yang Allahyarham emak buat adalah yang paling sedap , tiada tandingannya. Ubi keledek yang segar, kelapa serta udang yang segar untuk intinya. No compromise!! Biasanya inti untuk cucur badak ini sama seperti inti pulut udang.

Jom kita buat cucur badak..

Bahan-bahan untuk intinya:

Sila Rujuk resepi inti pulut udang !

Bahan-bahan Doh :

2 biji keledek putih sederhana besar
3 sudu besar  tepung gandum 
1/2 sudu teh garam halus
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan doh:


Buangkan kulit ubi dan rebus sampai empuk, angkat dan sejukkan.

hancurkan/ lecekkan

 Bentukkan doh bulat dan buat lubang untuk masukkan inti ke dalamnya.Tutup lubang dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis doh.

Panaskan minyak dan goreng sehingga masak ~ kekuningan keperangan.

Angkat dan toskan!

Udang Inside!!


Mai Sepinggan !!!

Thursday 20 February 2014

LONDON ALMOND

Buat apa hari ni? Petang-petang sambil berehat,  jom buat London Almond... Ahaha kalau kita pergi cari resepi London Amond ini di London..... tak kan jumpa punya....kerana ianya bukan berasal dari London.
Di sini aku nak kongsi resepi London Almond dari buku resepi lama kepunyaan ku.. sudah tentu aku punya resepi, aku buat dan aku katakan ianya sedap !!

Jom buat London Almond....

London Almond kegemaran semua

Dihidangkan di pagi aidil fitri 
Bahan-bahannya:

50 gm tepung beras
735 gm tepung gandum
50 gm tepung kastad
250 gm butter
200 gm gula icing
2 biji merah telur
almond kupas secukupnya - bakar separuh masak
almond cincang secukupnya - bakar masak tapi jangan kuning

Cara menyediakannya:
  1. Putarkan butter dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
  3. Bentukkan sebesar ibu jari dan masukkan almond.
  4. Bakar sehingga masak dan sejukkan.
  5. Cairkan coklat tanpa air dan bila hampir kering angkat.
  6. Biarkan sejuk sedikit dan celupkan satu persatu 
  7. Taburkan almond cincang di atasnya.
  8. Masukkan ke dalam cawan kertas dan hidangkan.
  9. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara selama dua minggu.




Mai Sepinggan !!

Wednesday 19 February 2014

TAHU BAKAR

Alhamdulillah, hari ini ada masa untuk menyiapkan menu hari ini...Tahu Bakar!! Aku rasa tahu bakar ini asalnya dari Johor kot... biasanya tahu bakar, mesti makan dengan kuahnya.. kalau kuahnya tak ngam, tak bestlah... Kalau nak buat tahu bakar ini, aku reka-reka sendiri buat cara mudah je..

Jom buat tahu bakar...

Tahu bakar yang sedap !!

Kuahnya yang pedas dan berkacang
Bahan-bahannya:

10 biji tahu pong ( tahu kering)
1/2 batang karot - diparut
1/2 batang timun - dibuang biji dan parut
1 cawan taugeh - dibersihkan
1/2 biji sengkuang - diparut

Cara menyediakannya:

  1. Tebukkan tahu di bahagian tengahnya ketepikan.
  2. Campurkan semua  sayuran yang diparut tadi.
  3. Sumbatkkan kedalam tahu dan bakar di atas bara api.
  4. Bila kekuningan, balik-balikkan.
  5. Angkat dan hidangkan bersama sos kacang.

Yummy!!

Sos kacang:

Ambil kuah rojak. Sila lihat resepi kuah rojak :
http://maisepinggan.blogspot.com/2013/06/rojak-buah.html


Wow... panas dan rangup..

satu biji , dua biji.... tak mungkin cukup !!


Mai Sepinggan !!

Monday 17 February 2014

TURKEY FOODIE TRIP - GRILLED BLUE-FISH

Grilled Blue Fish - is one of Turkish dish served during my Turkey Foodie Trip. This is closest to home with the fishy smell that all other Turkish food failed to produce. Most other food are "scentless". The rice is also quite close to nasi dageee (nasi dagang).


serve with pilaff
Let's grill the blue fish...

Ingredients:
4 medium size blue-fish
1/2 cup of olive oil
1 lemon
1 onion, parsley

Method:
  1. Clean, wash and drain the fish. Sprinkle with salt and let stand for an hour.
  2. Lightly brush them with oil, put them on the grill about 5-6 cm over the fire.
  3. Grill for about 8 to 18 minutes depending on the size of the fish.
  4. Arrange them in a dish. Pour over lemon juice mixed with some olive oil.
  5. Serve with pilaff together with  slice onion.( cut and rub them with some salt, wash and drain. Mix them with parsely).
Mai Sepinggan !!

Saturday 15 February 2014

TURKEY FOODIE TRIP - DESSERT

Keenakkan makanan Turki.... arggghhhh... 
Jom jalan-jalan cari makan di Turki, lihat makanan yang indah-indah, menarik dan menyelerakan..

Jalan-jalan di Turki semasa musim sejuk yang lepas sangat mengujakan... Aku beli sebuah buku resepi dan tak sanggup rasanya nak menyediakan juadah Turki di Malaysia ini..

Kita tengok gambar pun kira oklah ye dan pertama sekali kita jamu mata dengan makanan pencuci mulut yang selalu dihidangkan di Turki..

Jom ..

Bakhlava ... OMak... Manisnya!!


Rice Pudding ~ ini tak manis

Rice Pudding yang enak


Bakhlava - diamond cutting manis gile


Cake ~ manis juga


Halwa ~ manis sangat

Halwa ~ ini pun manis

Halwa ~ manis dan manis

Halwa ~ nampak tak manis tapi manis

Semuanya sangat-sangat manis

Yogurt with honey and poppyseed ~ tak manis
Yogurt dengan honey dan ditaburkan poppyseed atasnya merupakan suatu yang baru untuk dicuba... sangat enak. Kalau ke Turki lagi mau saja aku makan lagi..

Woww... pendek kata kalau aku menetap di Turki dua tiga bulan, mesti muka bertambah-tambah manis..


Mai Sepinggan !!


Thursday 13 February 2014

KACANG PANJANG REBUS

Kacang Panjang REBUS????? Biar betul ???
Inilah masakan yang paling simple yang selalu aku dengar apabila bercerita tentang masakan dengan seorang teman. Katanya ini lah masakan yang paling digemarinya. 
Kalau nak masak kacang panjang rebus rupanya ini mesti pilih yang muda dan masih rangup, baru sedap...

Jom buat kacang pang rebus...

Enak dan menyihatkan !!
Bahan-bahannya:

5 papan kacang panjang - dibersihkan dan dipatahkan pendek-pendek
1 ulas bawang merah - dihiris
1ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia
2 cawan air
2 sudu kan bilis
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:
  1. Sediakan periuk dan masukkan semua bahan.
  2. Jerangkan di atas api sederhana sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
  3. Angkat dan hidangkan. 

Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng 

Mai Sepinggan !!


KETAM GORENG CILI PADI

Yeaa... Ketam, kesukaan aku !! Kalau sekolah zaman dulu, hari Sabtu balik asrama singgah nat.. beli ketam dan balik rebus... Adoi sedapnya.. Aku suka masak simple-simple tapi biarlah bila makan terasa keenakkannya... jangan masak macam nak rak tapi ... sentuh-sentuh tinggal :p

Hari kita kita masak masakan paling senang ~ ketam goreng cili padi
Jom....
Ketam goreng cili api 
Bahan-bahannya:

4 ekor ketam ~ bersihkan, kerat 2 dan rebus hingga masak
10 biji cili padi ~ dibersihkan dan ditumbuk
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu teh kunyit
1/2 cawan santan pekat
2 sudu minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bawang dan biar sampai layu.
  2. Masukkan cili padi dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan ketam, kunyit dan santan pekat.
  4. Masukkan garam dan goreng sehingga pekat.
  5. Angkat dan hidangkan.
Simple kan ???

Mai sepinggan !!!








Wednesday 12 February 2014

GULAI LEMAK CILI API NANGKA

Salam ... apa khabar kawan-kawan, sahabat handai..
Hari yang panas terik begini, makan tengah hari yang simple pun dah cukup menyelerakan.. Gulai lemak cili padi nangka muda sungguh menyelerakan.  Cubalah.. kita boleh rampaikan nangka muda ini dengan ikan masin, udang atau daging salai.

Bila dah siap, makanlah dengan nasi panas. Ermmmm !!

Jom masak gulai lemak cili padi nangka muda..



Bahan-bahannya:

2 mangkuk nangka muda - dibuang kulit, bersih dan direbus sampai empuk
1 /2 kg santan pekat 
10 hiris daging salai
5 biji cili padi - tumbuk halus
1 batang serai
11/2 sudu kunyit
3 keping asam gelugor ( boleh guna belimbing atau mangga muda)
1 helai daun limau purut.
garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masakkan dengan api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Bila masak, angkat dan hidangkan.

**** Senangkan ? 



Mai Sepinggan !!

Wednesday 5 February 2014

KOLE KACANG DAN TAHI MINYAK

Salam..... apa kabar kawan-kawan? Teringat hari ini nak makan kueh Kole Kacang. Hmm bila nak buat Kole Kacang, pertama sekali kena buat tahi minyak. Jangan risau, nak buat tahi minyak ni senang saja.

Jom kita buat tahi minyak..

Bahan-bahannya:
2 biji kelapa parut ( perahkan santan dengan 2 cawan air) 

Cara menyediakannya:


  1. Masakkan santan kelapa  di dalam kuali dengan menggunakan api sederhana.
  2. Kacau dari masa ke semasa supaya tidak berkerak.
  3. Kacau hingga santan bertukar menjadi jernih dan tahi minyak berwarna perang.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Sejukkan tahi minyak dan taburkan atas kole kacang.
Minyak kelapa -  jernih dan bersih 

Tahi minyak ~ rangup dan wangi
KOLE KACANG
Bahan-bahannya:

200 gm tepung kacang hijau 
100 gm gula
300 gm gula merah
700 ml santan
200 ml air
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan di atas kedalam periuk/ kuali.
  2. Kacau di atas api sederhana sehinggan pekat dan berkilat.
  3. Setelah masak, masukkan ke dalam loyang dan ratakan.
  4. Taburkan tahi minyak seratanya.
  5. Biarkan sejuk, potong dan hidangkan.
Kole Kacang

Mai sepinggan !!


Tuesday 4 February 2014

IKAN SIAKAP TIGA RASA

Ikan masak 3 rasa. Teringat nak makan ala gerai Siam atau restoran Siam. Menunya ikan tiga rasa. Biasanya kalau ikan yang diguna untuk masak 3 rasa ialah ikan  Siakap atau Kerapu. Paling best kalau nak ikan tiga rasa ini ialah di Kuala Perlis. Ikan yang segar serta masakannya yang umph. Walau bagaimana pun, masak kat rumah tersangat umphnya !!


Ikan Kerapu Tiga Rasa
Jom masak ikan tiga rasa...

Bahan-bahannya :-

1. Ikan
1 ekor ikan kerapu ( Ikan Kerapu sedap juga)
digaramkan bersama kunyit dan saluti tepung jagung

Goreng dengan minyak banyak sehingga rangup.

Bahan-bahan untuk kuahnya: 

100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih
2 sudu besar minyak - untuk menumis
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung

Bahan Cincang Halus:-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

1 biji bawang besar di potong bulat
 1 batang daun saderi dan daun bawang  untuk hiasan

Bahan-Bahan Sos:-
2 cam. besar cili kisar
1 cam. besar sos tomato
2 cam. besar sos plum
2 cam. besar gula pasir
2 cam. besar sos cili
1 cam. besar jus limau nipis (guna limau kasturi)
1 1/2 cam. teh kicap manis
sedikit sos ikan

Cara Memasak kuahnya:-

  1. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dicincang.
  2. Kacaukan satu minit dan masukkan bahan-bahan untuk sos.
  3. Kacau rata dan masukkan air.
  4. Masukkan gula, bawang besar,  sos ikan, jus limau kasturi.
  5. Kacau dan tuangkan rata ke atas ikan goreng tadi.
  6. Hiaskan dengan daun saderi dan hidangkan bersama  nasi panas.

Mai Sepinggan !!


Monday 3 February 2014

PUMPKIN SOUP - SUP LABU

Labu... Sup labu pembuka selera. Teringat dah buat sup labu, hari ini baru nak  menulis ceritanya.

Sup labu ini sedap, kalau selalu kita buat masak lemak labu, tapi hari ini kita buat sup orang putih... 
JOM buat Sup labu...

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

Buah labu 

Ada berbagai jenis labu, yang sedap ialah labu yang jenis manis. Pilih yang betul-betul masak.

 Bersihkan, buang kulit

Untuk resepi ini aku guna 1 kilo labu. kupas kulitnya dan buangkan biji. Potong kecil-kecil.

Bawang besar

Bawang besar.  Dua  labu bawang besar dikupas dan dipotong dadu. Panaskan periuk besar dan masukkan 4 sudu minyak (boleh juga guna butter). Goreng bawang besar higga layu.


labu yang dipotong.

Masukkan labu ke dalam bawang goreng tadi. Kemudian masukkan 700 liter stok ayam. Rebus sehingga labu menjadi lembut dan hancur.

Sup labu yang lemak berkrim 

Bila labu sudah lembut, angkat dan sejukkan. Pureekannya (Blender pun boleh) sehingga menjadi halus. Masukkan 140 ml krim  cheese dan panaskan dan 3 sudu gula perang. 
Angkat dan hidangkan. 

* Hidangkan bersama roti wholemeal.


Mai Sepinggan !!

FISH and CHIPS

Salam dan Hello semua... hari ini kita try Fish & Chips. Hah... makanan omputih ni sebenarnya makanan biasa-biasa kelas pekerja di negeri omputih yang jajah kita. Murah je kalau kita buat sendiri... kalau makan kat restoran paling murah pun sepinggan  di antara RM 12.00 hingga RM19.00. Kemungkinan kalau kat hotel atau Golf Course paling-paling pun RM 24.00.

Kalau kita buat sendiri, dengan RM24.00 tu siap satu keluarga boleh kenyang.

Fish n Chips ~ my way
Bukannya susah pun...
JOM buat Fish n Chips..

Bahan-bahan yang diperlukan: 

Minyak secukupnya untuk menggoreng (deep fry)
5 keping  ikan ~ dowry fillet (paling murah ~ RM8.90)
3 cawan tepung naik sendiri 
1 sudu teh lada hitam ditumbuk 
garam secukup rasa
1 tin soda 

Bancuhan batter yang baik  penting
untuk menyadurkan isi ikan 

Pastikan ikan disadur semuanya

Pastikan api sederhana supaya isi ikan masak
Kulit luarnya rangup!
Cara menyediakannya:
  1. Siapkan batter - ayakkan tepung bersama garam.
  2. Masukkan air soda sedikit demi sedikit sehingga menjadi batter pekat yang cukup untuk menyadur ikan - masukkan lada hitam.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Celupkan ikan biar bersalut keseluruhannya.
  5. Bila minyak betul-betul panas, masukkan saduran ikan.
  6.  Goreng satu persatu sehingga rangup dan kekuning-kuningan.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Hidangkan dengan kentang goreng dan sayur mengikut selera masing-masing.


Mai sepinggan !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...