Monday 9 September 2013

DAGING BAKAR

Salam.... daging bakar! Best kan kalau bakar daging & cecah dengan air asam...Kalau bingung nak pilih daging bahagian mana yang nak bakar, jangan risau, pilih je bahagian "Rib" atau daging  rusuk. Pilihan lain ialah bahagian  "chuck" atau  batang pinang. 
Takkan menyesal punya..... !!

Daging bakar siap dihiris

Sebelum bakar diperapkan dengan garam  &  kunyit

dan bakar dengan oven atau arang

Boleh juga diletakkan sedikit lada hitam

Bila masak, balut dulu dalam aluminium foil selama 15 minit,
 buka dan hiris nipis-nipis... 

dan boleh cecah dengan air asam :)

Cili api, bawang besar, tomato - dipotong dadu,
Masukkan belacan, air asam, sedikit gula dan limau nipis



Mai Sepinggan!!





Sunday 8 September 2013

TEPUNG PELITA

Tepung PELITA? Orang panggil juga kueh Jongkang (?) First time merasa kueh ni masa bulan puasa di asrama kat kampus, zaman dulu-dulu. Emak aku tak pernah ajar buat kueh ni, tapi buku resepi ERT yang Zarina yang dia buat fotokopi  untuk aku sangat berguna... TERIMA KASIH CHE' NA. Terima kasih di atas persahabatan yang tak mungkin ku lupakan.

Tepung Pelita ku tak lah cantik sangat , namun kira kira dah jadi bila tengok  rupa dan rasanya hmm tak perlu beli dari kedai.... !!

Tepung pelita yang sedap!

Sekali rasa pasti tak lupa..
Kalau nak beli kueh pelita ni, kena hati-hati takut- takut  basi, kerana kueh ni tak tahan lama sebab ada santan!

Jom buat tepung pelita...

Bahan-bahannya:

Daun pisang ( untuk buat kelongsong - 5 incix 2.5 inci)
lidi pencucuk / boleh stepler (?)

Lapisan bawah:

2 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung beras
pewarna hijau
garam secukup rasa

Lapisan atas:

3 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung gandum

Cara menyediakannya:
  1. Buat kelongsong untuk tepung pelita daripada daun pisang.
  2. Bancuh 2 cawan santan cair dengan tepung beras bersama 1/4 cawan gula pasir dalam periuk.
  3. Masukkan jus pandan dan sedikit pewarna hijau.
  4. Kacau di atas api sehingga masak lebih kurang 15 minit.
  5. Masukkan 1 camca teh gula ke dalam setiap kelongsong daun pisang itu.
  6. Tuangkan bancuhan tadi lebih kurang 2 cm tinggi - Kukuskan.
  7. Bancuh 3 cawan santan pekat dengan tepung gandum dan garam.
  8. Masakkan bancuhan ini sehingga masak dan pekat.
  9. Tuangkan bancuhan  tadi  ke atas lapisan pertama dan biarkan set.
  10. Sejukkan sebelum menghidang.

Mai Sepinggan !!




Friday 6 September 2013

KEPAK AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam  goreng berempah? 


sedap sehingga minta lagi  
Bahan-bahannya:

10 ketul kepak ayam 
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 batang serai - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1/2 inci lengkuas - ditumbuk
1 sudu teh jintan manis - ditumbuk
1 sudu teh ketumbar - ditumbuk
1 sudu besar kunyit
1 sudu besar garam
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakannya:

  1. Bersihkan ayam dan perapkan dengan semua bahan yang ditumbuk.
  2. Perapkan selama sejam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Gorengkan semua kepak sehingga masak.
  5. Angkat dan hidangkan.

Mai Sepinggan!!


Thursday 5 September 2013

PULUT DAKAP @ LEPAT DAKAP @ PULUT PISANG

Salam..... dalam kesibukan dan keriuhan seharian, teringin pula nak makan pulut dakap. Bertambah-tambah meleh ayaq lioq bila tengok kawan senegeri yang  tinggal jauh di Sri Langka buat pulut dakap yang mecapai tahap PIAWAI yang tidak boleh ditandingi... Hang buat kami jelous Bashah!!


Pulut Dakap yang enak !!

Pulut yang berdakapan !
Pulut dakap merupakan sejenis kueh. Aku suka sangat. Kalau di sini rasanya sukar ditemui. Tapi kalau balik ke Indera Kayangan, pasti ada ~ dan harganya masih murah terutamanya di gerai kueh Titi Chai.

Biasanya orang Kedah-Perlis akan guna pisang awak yang masak ranum. Pisang lain tak best! Keenakkan kueh ini, pulut yang lemak dan pisang yang manis ... adoi tak dapat diceritakan lagi!

Jom buat pulut dakap....

Bahan-bahannya:

3 cawan beras pulut ( seperti biasa aku suka pulut susu)
1 sikat pisang awak yang masak ranum ( tak ada biji)
3 cawan santan pekat diletakkan garam secukup rasa
2 helai daun pandan
daun pisang secukupnya ( dipotong selebar 6x 6 inci serta dilayur sehingga layu)
tali untuk mengikat secukupnya

Cara-cara menyediakannya:

  1. Rendam pulut selama 1 jam ( kalau bukan pulut susu 3 jam lebih)
  2. Kukus pulut sehingga masak.
  3. Bila masak, gaulkan dengan santan sehingga rata ~ ketepikan.
  4. Ambil pisang dan belah dua.
  5. Sendukkan pulut sebanyak 2 sudu besar dan letakkan ditengah-tengah daun pisang.
  6. Ratakan pulut dan letakkan pisang ditengah-tengahnya.
  7. Lipatkan daun pisang seperti membalut lepat.
  8. Buat sehingga pulut dan pisang habis.
  9. Ambil dua bungkus pulut dan kembarkan keduanya.
  10. Ikat dengan tali di bahagian atas dan bawahnya sehingga habis semua berpasangan.
  11. Masukkan kedalam kukusan dan rebus selama 25 minit.
  12. Angkat dan hidangkan.
Awww!!




Mai Sepinggan !!



Tuesday 3 September 2013

MEE GORENG

Mee goreng mamak? Atau Mee basah??? Bila lalu depan kedai makan/ restoran mamak masa dia tengan goreng mee.. aduhai tak tahan sungguh bau mee gorengnya.

Hari ini kita buat mee goreng, Mamak ke  Melayu ke tak penting... yang penting masak sendiri sedap dan bersih!

Mee Goreng SEDAP!!
Apa yang penting bagi aku, kalau masak mee goreng aku  sungguh-sungguh tak suka kalau rencah yang dimasukkan ialah isi ayam, hati ayam serta empedal ayam. Tak Sedap!

Jom kita masak mee goreng!

Bahan-bahannya:

2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar sos tomato
200 gm udang basah sederhana besar
200 gm sotong - dibersihkan dan dipotong
200 gm daging - dibersihkan dan dihiris
200 gm sawi - dibersihkan dan dipotong
1 biji tahu - digoreng dan dihiirs
100 gm taugeh
1 biji tomato - dipotong 4
500 gm mee kuning
1/2 cawan stock daging
2 biji telor
garam secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

Hiasan:
4 biji limau kasturi
bawang goreng secukupnya

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan merah.
  2. Masukkan pes cili kering dan kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau sehingga  masak.
  4. Masukkan udang dan sotong dan kacau sehinggamasak.
  5. Masukkan mee kuning dan masukkan kicap serta sos tomatodan stock daging.
  6. Masukkan garam, tomato, tahu, telor, sawi, taugeh dan balik-balikan.
  7. Angkat dan hidangkan.

Mai Sepinggan !!

Sunday 1 September 2013

LAKSA JOHOR

Hai .. hai..  besok ada jamuan makan Hari Raya di tempat kerja ... aku kena masak Laksa Johor. Aku mula kenal dengan  Laksa Johor bila Kak Pah (Puan Latifah Mahfod) buat laksa Johor ni  semasa rumah terbukanya  di Petaling Jaya suatu masa dulu....

Cantik sungguh gaya dan persembahan hidangannya ... keenakkannya tidak terkata..

Kemudian Cik Hawa Baba pula masak Laksa Johor....walaupun Cik Hawa ni orang Melaka tetapi laksa Johornya sangatlah sedap!!


Sedapnya!!


Begitu lah  aku dapat resepi Laksa Johor ni, memang asli dan memang sedap !

Jom buat laksa Johor...

Bahan-bahan untuk kuahnya:

1 kg ikan kembong direbus dan ambil isi (sedap jika dicampur dengan isi ikan parang)
300 gm udang basah - kupas dan  direbus
1 cawan udang kering - direndam
5 sudu besar rempah kari  ikan 
5 sudu besar cawan pes cili kering
3 batang serai ~ diketuk
1 inci halia ~ mesinkan
1 inci lengkuas ~ mesinkan
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
7 sudu besar kerisik
1/2 kg pati santan
5 keping asam keping (secukup rasa)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:
  1. Mesinkan isi ikan, udang basah,  udang kering sehingga halus dan ketepikan.
  2. Mesinkan halia, lengkuas, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
  3. Pijarkan minyak dalam periuk dan tumiskan serai rempah kari dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan cili mesin, bawang, halia dan lengkuas ~ kacau sehingga masak.
  5. Masukkan isi ikan, pes udang dan udang kering.
  6. Masukkan kerisik, santan pekat dan kacau.
  7. Masukkan asam keping dan garam.
* Jika kuahnya terlalu pekat, tambahkan air panas. (Kuah laksa Johor sepatutnya agak pekat)

Kuah yang ditumis ~ masak sehingga naik minyak

Kerisik ~  jangan lupa masukkan ke dalam kuah 


Masukkan santan dan kacau sehingga masak!

Ulamannya/ Ganish:

1biji timun - dipotong nipis
1 ikat daun kesum - dihiris
100 gm taugeh - dibersihkan dan buang ekornya
2 labu bawang besar - dihiris nipis
100 gm kacang panjang - dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris nipis-nipis
5 biji limau kasturi - dibelah dua dan buang bijinya


Ulam-ulam

Ulam-ulaman yang siap dihiris

Sambal cili:

5 biji cili kering 
1 inci belacan
sedikit garam 

* dimesinkan/ ditumbuk menjadi sambal

sambal
Laksa:
1 paket spaghetti - direbus sehingga lembut, angkat, toskan dan simpulkan.


Toskan speghetti yang sudah direbus

Simpulkan

Susunkan dalam bekas untuk hidangan 

Untuk menghidangkannya:

Hidangkan speghetti  dalam mangkok, letakkan ulam-ulaman, letakkan kuahnya dan jika suka pedas, tambahkan cili serta limau jika suka lebih masam!


Mai Sepinggan!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...